Sunday, January 4, 2009

Kisah hari ini


Saya berasa sungguh terkejut hari ini apabila mendengar berita mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku di Manokwari, ibu negeri Papua Barat yang telah mengorbankan empat nyawa serta mencederakan puluhan mangsa gempa bumi ini. Saya berasa kasihan apabila melihat Indonesia terus dilanda dengan pelbagai siri gempa bumi yang amat dahsyat. Antara yang terkorban ialah Yolanda Mandofi, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun. Bekalan elektrik terputus akibat gegaran yang amat kuat itu yang telah menggegarkan pulau yang mempunyai bilangan penduduk sebanyak 167,000 orang. Ramai penduduk bertempiaran lari meninggalkan rumah mereka kerana bimbang kejadian tsunami akan berlaku.

No comments:

Post a Comment